Kategori Berita Utama

Timbalan Menteri buat laporan polis dakwa kena tumbuk

13 JAN : Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan mengadu ditumbuk seorang pemuda di pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, petang Ahad.

Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati pemuda terbabit ketika ayahnya berjumpa Kamalanathan sebelum insiden yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu kira-kira jam 2.30 petang.

kamalanathan

Kamalanathan

Ayah pemuda terbabit dikatakan berjumpa Kamalanathan untuk memohon supaya menantunya yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

Dalam laporan polisnya, Kamalanathan berkata lelaki itu berjumpanya ketika program pemeriksaan mata yang dianjurkan pejabatnya.

Bagaimanapun, ahli Parlimen itu itu memberitahu hanya boleh memberi sokongan sahaja kerana menantu lelaki berkenaan mengajar Bahasa Inggeris dan sukar mendapat kelulusan bertukar.

Kamalanathan dalam laporan polis di balai Bukit Sentosa mendakwa pemuda itu yang berjumpanya kemudian dengan sekumpulan pemuda lain di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan kebahagian lehernya.

Polis Kuala Kubu Bahru ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan timbalan menteri itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2014 12:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: