Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Timbalan pengarah termasuk 4 direman 7 hari

23 JAN: Empat individu termasuk timbalan pengarah di Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) direman tujuh hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung salah laku berkaitan projek kereta api di negeri ini.

Tiga lagi yang direman ialah dua penolong jurutera jabatan sama dan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memonopoli projek berkaitan kereta api.

Mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah membabitkan projek jabatan kerajaan negeri itu daripada 2012 hingga 2017.

Perintah dikeluarkan dalam kamar oleh Majistret Cindy MC Juce Balitus, susulan permohonan SPRM mendapatkan perintah reman bagi empat individu terbabit yang berusia 38 hingga 58 tahun, pada jam 9.45 pagi.

SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basirudin manakala semua empat individu itu tidak diwakili peguam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Mengikut sumber, mereka ditahan di rumah masing-masing di sekitar daerah ini antara jam 12.05 tengah hari hingga jam 11.20 malam tadi.

Difahamkan beberapa akaun turut dibeku, selain SPRM menemui sejumlah wang tunai, manakala beberapa kenderaan turut disita.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2018 12:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: