Kategori Berita Utama

Timbalan Presiden PKR mula sebut kembali soal jawatan MB Selangor

23 MAC: Belumpun sampai tiga jam Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dinobatkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru Kajang, PKR sudah mula memperlihatkan sifat liidah bercabang dengan mempermainkan janji mereka terhadap parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada Ahad malam berkata, beliau yakin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi Menteri Besar Selangor.

azmin_ali_press_conference_4_20140128_600_399_100Azmin berkata, keyakinannya itu bersandarkan pengalaman Presiden PKR itu sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik negara, selain pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal.

“Saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baru bersama ADUN lain di Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, lewat malam Ahad.

PAS sebelum ini menyatakan pendirian mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor dan sokongan yang diberi kepada calon PKR di PRK DUN Kajang tidak ada kena mengena dengan rancangan atau usaha untuk menggantikan Abdul Khalid.

Manakala PKR kononnya mendakwa mahu menumpukan usaha untuk memenangi PRK Kajang dan tidak membincangkan mengenai jawatan menteri besar, walaupun Ketua Umum PKR ada membayangkan kepada media, termasuk media luar negara bahawa ada kemungkinan Abdul Khalid digantikan.

Justeru, pemerhati politik kini sedang mencongakkan apakah episod krisis politik baru yang akan tercipta di Selangor pasca PRK Kajang.-bnbbc.my

Oh Nonaku Azizah

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2014 11:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: