Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tindakan baru terhadap 72,000 pemilik lesen

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan kaedah baru serta menubuhkan pasukan khas untuk mengambil tindakan terhadap pemilik lesen pengangkutan awam yang kerap melakukan kesalahan dan banyak saman kesalahan jalanraya.

jpjbasAntara tindakan mengantung lesen serta memastikan mereka tidak lagi berada di jalan raya memandu pengangkutan awam yang boleh mengancam nyawa orang ramai.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, kerajaan akan melaksanakan kaedah baru itu kerana sehingga September lalu ada seramai 72,316 pemandu pengangkutan awam mempunyai saman tertunggak pelbagai kesalahan.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang bertanya berapa ramai pemandu pengangkutan awam mempunyai kes tertunggak dengan pihak berkuasa tetapi masih memandu.

Terdahulu, Abdul Ghapur tidak puas hati kerana jawapan Aziz kepada soalan asal beliau mengenai perkara itu termasuk  pemandu bas Genting Hinghland yang mempunyai 16 saman masih memandu sehingga menyebabkan kemalangan maut tidak memuaskan hati beliau.

Menurut Aziz , tindakan terhadap pemandu terbabit tidak dapat diambil kerana kes saman terhadap pemandu itu masih dalam proses mahkamah.

Katanya, JPJ tidak boleh mengambil tindakan termasuk kepada pemandu terbabit juga terhadap lebih 72 ribu pemandu pengangkutan awam.

“Terpulang kepada syarikat pengangkutan awam untuk memastikan mereka mengambil pemandu yang tiada sama tertunggak atau melakukan kesalahan jalan raya. – 1/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 October 2013 3:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: