Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tindakan polis diserang di Klang betul

5 MAC: Dua anggota unit peronda polis (MPV) diserang dengan senjata tajam hingga seorang daripada terkorban melakukan tindakan yang betul dengan berhenti untuk memeriksa lima individu yang kelihatan mencurigakan di satu kawasan sunyi pada jam kira-kira 4.30 pagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang pada Selasa itu.

“Kalau dilihat dari sudut SOP, tidak ada pelanggaran SOP berlaku.

“Dua anggota tersebut cuba menahan lima individu itu kerana kelihatan mencurigakan dan kemudiann membawa tiga wanita yang ditahan masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke balai polis bagi pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan terhadap wanita tidak boleh dilakukan oleh anggota polis lelaki,” kata Wan Junaidi.

Wan Junaidi (dua dari kiri) memantau kaunter agihan baucar BR1M 2014 DUN Pantai Damai dan Parlimen Demak Laut, Rabu.

Wan Junaidi (dua dari kiri) memantau kaunter agihan baucar BR1M 2014 DUN Pantai Damai dan Parlimen Demak Laut, Rabu.

Beliau mengulas kes itu pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Baucar BR1M 3.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dan DUN Demak Laut di Kuching, Sarawak, Rabu.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi yang juga anggota Parlimen Santubong berkata, sebagai bekas pegawai polis, beliau juga tidak melihat ada kelemahan SOP dalam kejadian itu kerana dua anggota itu diserang dalam keadaan tidak disangka.

“Tindakan mereka berdua juga tepat, nampaknya individu yang cuba ditahan itu juga membawa parang dan pisau,” katanya.

Tindakan Kpl Raja Aizam dan Kpl Mohd Aidil tidak langgar SOP

Tindakan Allahyarham Kpl Raja Aizam dan Kpl Mohd Aidil tidak langgar SOP

Semalam, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, cedera di kepala dan terkorban, manakala rakan setugasnya Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, cedera selepas diserang sekumpulan warga asing.

Mengenai cadangan supaya rondaan polis turut disertai oleh anggota polis tambahan, Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), atau anggota tentera, Wan Junaidi menyifatkan cadangan itu amat baik untuk dipertimbangkan.

“Cadangan ini adalah sebahagian perancangan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Rondaan bersama adalah baik bagi menampung kekurangan anggota polis, bagaimanapun masih perlu diperhalusi kerana jika anggota polis tambahan, mereka mengetahui selok-belok tugasan, namun kepada anggota RELA dan JPAM, itu mungkin suatu perkara baharu,” katanya.

Wan Junaidi berkata, cadangan pengambilan anggota polis baharu setiap tahun adalah 4,000 orang, namun dengan jumlah kekosongan kerana persaraan sebanyak 1,500 setiap tahun, jumlah pengambilan dirasakan perlu dipertingkat.

“Kita (polis) mempunyai kapasiti dan kemampuan melatih lebih banyak anggota baharu setiap tahun.

“Pengambilan lebih ramai adalah bagi menyeimbangi nisbah anggota polis dengan penduduk Malaysia,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 March 2014 1:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: