Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tindakan selepas siasatan RCI selesai

Kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana individu sejak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah.

Mentshahidaneri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan hanya boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat sebaik sahaja siasatan RCI selesai dan laporan penuh dibentangkan.
“Semua perkara yang dibangkitkan dalam RCI akan diambil tindakan…kita akan tahu berapakah angka sebenarnya selepas siasatan selesai.

“Setelah siasat, ada kesalahan, kita pasti akan ambil tindakan, jadi kita minta bersabar dahulu, apa yang dibangkit dalam suruhanjaya itu bukan satu keputusan,” kata beliau kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, pada Selasa.

Bagaimanapun, jelas Shahidan, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengesan sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing boleh melaporkannya kepada polis.

Johari dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan jumlah tangkapan terhadap mereka terbabit penyelewengan projek pemberian kad pengenalan (Projek IC) palsu kepada rakyat asing di Sabah dan berapa orang yang telah dihadapkan ke mahkamah.

Suruhanjaya itu yang sepatutnya berakhir pada 21 September lalu dilanjutkan sehingga 21 Disember bagi menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporan.-24/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 September 2013 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: