Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hina PM isu kangkung biadap, keterlaluan, kurang ajar

17 JAN: Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon yang biadab apabila menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Rabu lalu dikecam dan dikutuk Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Timbalan pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Jumaat berkata tindakan Khai Loon itu sangat keterlaluan.

Tindakan Lee Khai Loon yang disifatkan keterlaluan, kurang ajar, biadap serta menghasut rakyat membenci perdana menteri Rabu lalu.

BIADAP, KURANG AJAR DAN KETERLALUAN…Tindakan Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Najib Rabu lalu juga disifatkan menghasut rakyat membenci perdana menteri.

“Tindakan Adun itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat perdana menteri sehingga diperlakukan sebegitu.

“Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.

“Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Mertajam.

Reezal yang juga ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas tindakan Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lalu.

Gambar patung dan tindakan kumpulan itu kemudiannya dimuat naik ke akaun laman sosial Twitter milik wakil rakyat Machang Bubuk itu dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai.

Reezal Merican berkata rakyat perlu menilai tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu yang beliau percaya dibuat hanya untuk meraih kepentingan politik melalui publisiti murah.

Jangan keterlaluan menghina pemimpin sewenang-wenangnya.

Jangan keterlaluan menghina pemimpin sewenang-wenangnya-Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Apakah dengan melakukan omokan dan meracuni pemikiran rakyat akan selesai masalah rakyat yang terhimpit dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Bolehkah kerajaan negeri ini menangani masalah kenaikan harga barang?.

“Lagipun mana-mana agama dan budaya kita tidak boleh menghina sehingga ke tahap ini dan adakah ini politik baharu yang nak diperkenalkan PKR,” katanya.

Sementara itu UMNO Bahagian Bukit Mertajam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan Adun Machang Bubuk itu yang dilihat menghina perdana menteri dan menghasut rakyat membenci Najib.

Ketua UMNO bahagian itu Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penduduk Bukit Mertajam terutama di Machang Bubuk sangat marah dengan tindakan wakil rakyat berkenaan yang membangkitkan perasaan tidak puas hati kerana menghina pemimpin negara.

“Banyak lagi perkara lain yang beliau boleh buat daripada bertindak sedemikian (menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri). Penduduk di Machang Bubuk pilih beliau untuk bantu mereka selesaikan masalah rakyat.

“Ini masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Machang Bubuk tidak selesai, sibuk nak hina pemimpin negara dan tindakannya itu tidak boleh diterima langsung kerana dia tidak memikirkan sensitiviti masyarakat,” katanya

Manakala di Perak, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO nnegeri itu, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata tindakan pembangkang menggembar-gemburkan isu ‘kangkung’ bertujuan menutup kepincangan mereka berhubung beberapa isu.

Beliau mendakwa tindakan mereka memperbesarkan isu remeh itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat antaranya berhubung isu kenaikan elaun menteri besar dan exco kerajaan negeri Selangor serta penutupan Pusat GiatMara di negeri itu.

Caj parkir di Penang“Kangkung diperbesarkan tapi isu yang melibatkan parti pembangkang cuba mereka tutup contohnya isu harga rumah dan cukai pintu yang melambung dan menjadi keresahan rakyat di Pulau Pinang dan isu kereta mewah Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng),” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata UMNO Perak mengutuk keras perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan menghina Najib susulan penjelasan Perdana Menteri berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman Ahad lalu.

Mohd Khusairi berkata tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang termasuk mengeluarkan karikatur berhubung isu berkenaan adalah tidak sopan dan biadab.

Cukai tanah Selangor up 800 peratus“Mereka menunjukkan sikap seolah-olah tidak menghormati jawatan perdana menteri sebagai sebuah institusi yang disanjung oleh rakyat di seluruh negara, jawatan perdana menteri dipilih oleh rakyat dalam satu proses pilihan raya yang demokratik,” katanya.

Di Jerteh, Terengganu, Pengerusi Biro Sosial dan Etika Pemuda UMNO Pusat, Mohd Iskandar Jaafar meminta semua pihak terutamanya pengguna laman sosial menyiasat fakta dan motif sebenar isu itu sebelum menyebarkannya dengan ulasan sendiri sewenang-wenangnya.

“Perdana Menteri sebenarnya berniat membuat perbandingan atau menyatakan perkara sebenar mengenai naik turun harga barang yang banyak bergantung kepada suasana persekitaran iaitu faktor cuaca, faktor permintaan dan lain-lain,” katanya kepada agensi berita Bernama.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan tindakan sesetengah pihak khususnya golongan muda yang gemar menyebarkan pelbagai isu yang telah diputar-belitkan termasuk isu memfitnah pemimpin negara menerusi laman sosial.

“Sepatutnya golongan terbabit perlu tahu perkara sebenar dan menyiasat dengan lebih teliti dan memahaminya sebelum mereka menyiarkan dengan sesuka hati tentang (sesuatu) berita,” kata Iskandar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu dan ADUN Jabi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak yang menyebar maklumat yang tidak betul mengenai kenyataan Perdana Menteri itu supaya menghentikan perbuatan mereka itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 January 2014 10:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: