Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tindakan melampau hasut rakyat turun berdemo jika darurat

6 FEB: Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghasut rakyat agar turun ke jalan raya jika Perdana Menteri mengisytiharkan darurat dibidas Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR).

Presidennya, Chandrakumanan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin hipokrit.

“Ianya agak ironik apabila Mahathir menyentuh topik demokrasi memandangkan majoriti besar sekutu beliau termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah dipenjarakan oleh beliau sendiri yang menurut mereka adalah secara angkara ‘politik kotor’ sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri.

“Malah, dengan kenyataan mendesak rakyat turun ke atas jalan, terbukti bahawa Mahathir adalah seorang hipokrit dan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Malah pada tahun 1975, Mahathir selaku Menteri Pendidikan telah menggubal Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 untuk hapuskan suara mahasiswa yang pada ketika itu semakin berpengaruh.

Ujar beliau, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah menggunakan ISA sebagai senjata utama beliau untuk hadapi musuh politik beliau.

“Sehingga ke hari ini, Ops Lalang dilihat sebagai titik hitam di dalam sejarah Malaysia selaku sebuah negara demokrasi.

“Sebagai rakyat dan penyokong membuta tuli Tun M, cuba mengimbas kembali siapa Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri pada masa Ops Lalang berlaku? kalau bukan Mahathir.

“Saya tidak perlu menyentuh bab gerakan reformasi yang tercetus pada tahun 1998 untuk beri gambaran mengenai hak demokrasi rakyat pada zaman Mahathir berkuasa,” tegas beliau.

Menurut Chandrakumanan, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pula, ISA sudah pun dimansuhkan dan undang-undang seperti POCA dan SOSMA masih belum digunakan untuk menahan mana-mana ahli politik pembangkang sehingga ke hari ini.

Kata beliau, perbezaan amalan demokrasi yang ketara boleh dilihat daripada segala perkara di atas sambil menjelaskan Mahathir tidak boleh menulis kembali sejarah politik mengikut citarasa beliau.

“Mesej saya kepada Tun M sangat mudah, sekiranya apa yang dilakukan Tun M sekarang berlaku semasa zaman ISA, sudah pastinya beliau sudah ditahan dan dihukum dibawah ISA atas perbuatan menghasut rakyat berdemo.

“Sebagai rakyat yang matang dan berfikiran waras, saya berharap tidak terpengaruh dengan desakan pemimpin seperti Tun M yang kini sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa,” tegasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2018 10:57 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: