Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tindakan ugut pegawai SPRM perbuatan pengecut

17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan tindakan mengugut dua pegawai kanannya dengan menghantar peluru hidup serta nota berbaur ugutan ke rumah mereka sebagai perbuatan pengecut.

Sehubungan itu Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggesa pihak terlibat menghentikan perbuatan pengecut berkenaan kerana ia tidak sesekali melemahkan semangat warga SPRM daripada melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Malahan perbuatan sedemikian hanya menyuntikkan lagi semangat kami untuk terus berjuang dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir-anasir rasuah dan salah guna kuasa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dua pegawai kanan SPRM membuat laporan polis selepas menerima ugutan dengan peluru hidup yang diletakkan di dalam peti rumah masing-masing.

Ugutan yang diterima itu mempunyai kaitan dengan kes-kes yang sedang disiasat SPRM.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 4:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: