Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiong Lai umum jentera baru MCA

2 JAN: Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini diumumkan sebagai Setiausaha Agung MCA yang baru menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti yang pertama setelah MCA mengadakan pemilihan parti pada 21 Disember lalu.

Selain itu, Tiong Lai juga turut mengumumkan 61 jawatan lantikan lain termasuk 13 jawatan pengerusi negeri dilihat sebagai usaha menguatkan jentera parti itu bagi menebus semula maruah selepas dua kali pilihan raya umum gagal menarik sokongan pengundi Cina.

LEGA...Liow dan penyokongnya gembira sebaik Pengerusi Tetap MCA mengumumkan keputusan perwakilan yang menolak resolusi mengecam beliau.

Tiong Lai percaya jentera baru MCA dapat kukuhkan parti.

Pengerusi negeri ialah Datuk Chua Tee Yong (Perlis), Datuk Lee Chee Leong ( Kedah), Datin Paduka Chew Mei Fun (Pulau Pinang), Datuk Dr Mah Hang Soon ( Perak), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Selangor dan pemangku Pengerusi Melaka ), Datuk Yew Teong Look (Wilayah Persekutuan).

Manakala timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong  selain Pengerusi negeri Johor turut jadi pemangku Pengerusi Negeri Sembilan, Datuk Hoh Khai Mun (Pahang), Datuk Toh Chin Yaw (Terengganu), Datuk Dr Hou Kok Chung (Kelantan) dan Wilfred Yong Chen Leong (Sabah).

Ahli Parlimen Bentong itu turut mengumumkan penubuhan lapan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan tugas-tugas transformasi dalam parti.

Menurut Liow, perlantikan telah dibuat dengan semangat dan kerjasama berpasukan supaya parti itu boleh melancarkan proses reformasi dan transformasi secepat mungkin.

“Kita telah mengambil satu kaedah iaitu kerjasama berpasukan dan memastikan kita dapat bergerak dan segera.

“MCA dan jawatankuasa pusat hari ini telah menubuhkan lapan jawatankuasa, 13 biro dan dua ‘special task force’,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, Khamis.

Tiong Lai ketika mengggulung ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung MCA ke-60 MCA di Wisma MCA sebelum ini berjanji akan memperkukuhkan perpaduan di dalam MCA.

“Tidak ada lagi puak Liow atau Chua. Kita semua dalam satu pasukan dan kita adalah pasukan MCA,” tegas Tiong Lai.

Beliau menegaskan, ahli dan pemimpin MCA disemua peringkat perlu bekerjasama dalam satu keluarga dan beliau berjanji akan mengepalai MCA ke arah itu dan meminta supaya memberi sedikit masa untuk beliau dan pasukannya menyusun semula parti untuk diberi nafas baru seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -bnbbc.my.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 January 2014 3:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: