Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TMJ: Saya bukan ahli politik

12 APRIL: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kemunculan bersahaja di sebuah pusat membeli belah di Tebrau, Johor Bahru petang semalam.

Lebih mengejutkan pengunjung-pengunjung, baginda turut mengumunkan perbelanjaan sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Tunku Ismail turut berkeempatan beramah mesra bersama rakyat yang sedang membeli keperluan harian di pasar raya berkenaan.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.

“Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Laporan beberapa portal berita menyebut Tunku Ismail membayar sekurang-kurangnya RM1 juta untuk program terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 9:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: