Kategori Berita Utama

TN50, Najib hargai cadangan rakyat

1 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai perkongsian saranan yang diberikan oleh rakyat Malaysia berkaitan dengan Transformasi Nasional 2050 (#TN50), terutama mengenai keagamaan dan kerohanian.

Beliau juga mengharap lebih ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam dialog TN50 pada masa akan datang.

“Saya mengucapkan terima kasih atas cadangan-cadangan yang telah diemel atau dikongsi di laman-laman sosial.

“Sambutan yang menggalakkan ini menggambarkan semangat serta sokongan yang diberikan oleh rakyat terutama daripada generasi TN50 sendiri,” katanya menerusi catatan blognya semalam.

TN50 adalah usaha kerajaan untuk mencorak masa depan negara bagi tempoh 30 tahun bermula 2020 hingga 2050.

Sebelum ini, Perdana Menteri menjemput orang ramai menerusi medium ‘online’ untuk berkongsi aspirasi dari sudut keagamaan dan kerohanian yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sementara itu, beliau turut berkongsi beberapa cadangan bernas daripada rakyat melalui laman Twitter dan Facebook.

“Antara cadangan yang menarik perhatian saya ialah diwujudkan ‘Quranpedia’ yang boleh menjadi sumber rujukan semua pihak tidak kira agama di Malaysia dan mewujudkan pendidikan agama setiap hari di masjid-masjid atau surau di seluruh negara.

“Selain itu, terdapat juga cadangan agar lebih banyak dialog antara agama demi mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam antara rakyat Malaysia yang berbeza agama serta subjek pendidikan moral dirombak,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 July 2017 6:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: