Kategori Berita Utama

TN50 perlu tampil visi baru, bukan tenggelamkan Wawasan 2020

3 JAN : Perlaksanaan Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah suatu persediaan dalam mencipta visi baharu menjelang 2050.

Membidas dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan perlaksanaan itu bakal menenggelamkan Wawasan 2020, Perdana Menteri berkata ia perlu difikirkan dengan lebih awal dimana segala idea dan cadangan datang daripada golongan bawahan dan kemudiannya akan dinilai untuk diambil kira secara keseluruhan.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkata setakat ini proses pengumpulan data dan maklumat sedang giat dijalankan sebelum menjelang tempoh tersebut.

“Saya melihat ini sebagai kesinambungan dan kita perlu ada satu visi baharu. Kita tak boleh mula pada tahun 2020, kita kena mulakan dari sekarang. Kena ada tempoh dari semua kumpulan untuk kita kumpulkan maklumat dari rakyat.

“Saya nak TN50 ini berbeza pendekatannya dengan Wawasan 2020. Bukan menidakkan tapi berbeza. Sebab itu kita buat beberapa siri dialog dengan macam-macam kelompok dan akhirnya kita akan rumuskan semua sekali untuk jadi 1 visi baru untuk negara,” katanya dalam program Bicara 4 Mata bersama pengara Datuk Aznil Nawawi di saluran RTM, Rabu.

Najib dalam masa yang sama turut berkata dengan perlaksanaan TN50 itu juga beliau berhasrat untuk menjadikan Malaysia antara 20 negara terunggul di dunia.

“Kita fikirkan keadaan semasa dan kita tak sanggup korbankan masa depan negara dengan langkah populis semata-mata.

“Kita di Kerajaan kita fikir kehendak rakyat dan kita juga akan menjamin masa depan lebih baik lagi, ” tambahnya lagi.

Kenyataan beliau itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak namun jawapan Perdana Menteri itu sekaligus membidas dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa program TN50 adalah “penciplakan” Wawasan 2020 serta strategi Najib untuk melambatkan masa mencapai standard Wawasan 2020.

Najib dalam masa yang sama turut menolak dakwaan jahat sesetengah pihak yang menyatakan Malaysia menuju kearah kebankrapan.

“Keadaan kita dipantau badan penarafan seperti IMF dan World Bank. Mereka akan tengok semua.
Daripada siasatan mereka secara terperinci, Mereka kekalkan Malaysia pada kedudukan A-. Kita dalam kelompok negara A lagi. Banyak yang B dan C malah yang lebih teruk lagi.

“Kalau nak kata bankrap kita tak ada tanda nak bankrap. Reserve kita jauh lebih tinggi. Dulu reserve RM20 billion tapi sekarang kita ada RM100 bilion dolar Amerika. 5 kali ganda lebih dari waktu dulu.

“Kenapa masa dulu tak timbul harga matawang jauh lebih rendah kata nak bankrap? Sebab ini adalah mainan politik. Ini elemen ekonomi sabotaj. Hilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan timbulkan kebencian pada mereka, ” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 11:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: