Kategori Ekonomi

TNB umum bayaran dividen tertinggi RM3.5 bilion

26 OKT: Para pemegang saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) bakal menikmati ‘durian runtuh’ selepas syarikat utiliti itu mengumumkan pembayaran dividen mencecah rekod tertinggi sebanyak RM3.5 bilion untuk 2017.

“Bagi tahun kewangan 2017, jumlah pembayaran dividen yang disyorkan adalah sebanyak 50 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI), iaitu hampir dua kali ganda daripada kadar bayaran dividen 2016, menjadikannya sebagai kadar bayaran dividen paling tinggi setakat ini,” kata Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Beliau berkata, TNB akan terus memaksimumkan nilai pemegang saham melalui pembayaran dividen yang konsisten dan berterusan.

“Dividen RM3.5 bilion ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada para pemegang saham TNB seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan Lembaga Tabung Haji, lebih penting, ia juga akan menguntungkan rakyat yang merupakan pemegang akaun dalam institusi-institusi berkenaan,” katanya ketika mengumumkan keputusan kewangan TNB dalam satu kenyataan hari ini.

Keuntungan sebelum cukai TNB melonjak kepada RM8.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017 berbanding RM8.07 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas.

Pendapatan menokok kepada RM47.42 bilion daripada RM44.53 bilion sebelum ini.

Harga sahamnya naik sebanyak 34 sen untuk ditutup pada RM14.34 hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 10:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: