Kategori Analisa Isu Semasa

TOL: BNBBC MAHU KERAJAAN TUNAI JANJI MANIFESTO

19 DIS: Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahu kerajaan menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, BNBBC berpendapat mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu.

“Perkara penting di sini adalah manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan oleh itu, BNBBC berharap tidak akan ada sebarang kenaikan,” kata Shahrir.

manifesto-bn-najib

Mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun akan datang adalah antara janji yang diitekankan oleh BN dalam Manifesto PRU-13.

Bagaimanapun, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, BNBBC tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membantah kenaikan tersebut kerana kerajaan sebenarnya belum mengesahkan mengenai perkara itu.

“Isu itu masih dibincangkan oleh kerajaan, pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada Ahli Parlimen di pelbagai kawasan tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai perkara ini kerana tidak semua di kalangan kami mempunyai tol di kawasan masing-masing,” katanya.

Walaupun pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang kerana kawasan mereka tidak terlibat, Ahli Parlimen lain, terutama yang tinggal di Lembah Klang dan beberapa bandar utama bimbang mengenai perkara ini.

Shahrir berkata, pemimpin-pemimpin BN yang menentang kenaikan kadar tol terkesan mengenai isu ini kerana pengurangan kadar tol, terkandung dalam manifesto parti itu ketika menarik pengundi.

“Namun, kita juga menyedari bahawa tidak menaikkan kadar tol akan bermaksud, mungkin ada kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2013 12:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: