Kategori Berita Utama

Tol mansuh bukan kerja pembangkang

1 JAN: Pakatan Harapan (PH) hanya cuba menangguk di air keruh dengan mengelirukan rakyat Selangor kononnya mereka bersusah payah membuat desakan supaya Lebuhraya Persekutuan menjadi laluan bebas tol, kata UMNO Selangor.

“Pakatan Harapan hendak dapat keuntungan politik kononnya macam mereka yang perjuangkan, sebenarnya BN dah lama perjuangkan untuk rakyat, gesaan pemanushan tol bukannya baharu dan saya menyambung perjuangan pemimpin terdahulu.

BN Selangor mengadakan perhimpunan aman tepi di lebuhraya Persekutuan berhampiran Tol Batu Tiga pada 28 Oktober lalu, sebagai tanda terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memansuhkan kutipan tol batu 3 dan tol Sungai Rasau (foto fail).

“Ini bukan hasil kerja Azmin, bukan sebab PH tapi ini adalah usaha berterusan UMNO dan BN Selangor yang tidak pernah berputus asa supaya kerajaan pusat dapat menghapuskan tol-tol tersebut untuk rakyat Selangor.

“Jadi janganlah nak jadi seperti lembu punya susu sapi dapat nama, janganlah nak menipu rakyat Selangor, sebenarnya PH yang menerajui Selangor ini tak buat apa-apa pun untuk kesejahteraan rakyat negeri ini,” selar Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi BNBBC.my portal, pada Ahad.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Azhari menjelaskan permansuhan tol-tol di Lebuhraya Persekutuan melenyapkan segala tohmahan dan tekanan yang diterima UMNO Shah Alam.

“Lebih 10 hingga 15 tahun kita perjuangkan perkara ini, hampir setiap mesyuarat dengan UMNO perhubungan negeri kita bawa perkara ini, desak untuk hapuskannya, Alhamdulillah akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Muaa’dzam Shah Yaa’kop berkata pemansuhan itu yang bermula selepas tengah malam tadi merupakan satu sumbangan Kerajaan Persekutuan BN untuk rakyat Selangor.

“Alhamdulillah dan terima kasih Perdana Menteri,  ini menunjukkan negara bertambah baik dan maju kerana dapat menamupung kos penghapusan di dua plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau,” katanya.

Selepas 24 tahun, bermula hari ini, pengguna Lebuhraya Persekutuan akan menikmati laluan bebas tol

Perkara itu diumumkan oleh Najib semasa pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Keputusan pemansuhan itu dibuat 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan menerusi perjanjian konsesi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 2:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: