Kategori Berita Utama

Tol motosikal mansuh jika BN rampas P.Pinang

12 APRIL: Tol bagi laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.berkata, janji itu adalah tambahan kepada manifesto BN sebelum ini yang turut menjanjikan 65,000 rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang.

“Kita juga sedia menambah bilangan rumah mampu milik yang dijanjikan akan dibina sekiranya berjaya merampas negeri ini.

“BN mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan semua janji yang dibuat, bukannya seperti kerajaan negeri yang mempunyai 51 janji yang belum ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: