Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tolak spekulasi harga rumah naik 10 %

Putrajaya menolak spekulasi menyatakan wujudnya pemaju yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga rumah ekoran tindakan kerajaan untuk menyelaraskan harga subsidi minyak dan diesel.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) serta pihak lain yang berkenaan untuk mengenalpasti sama ada terdapat elemen anti-persaingan.

rumahppr“Dalam perjumpaan dengan pihak REHDA, pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysian (MyCC) telah diberikan bukti bahawa REHDA tidak ada membuat kenyataan tersebut.

“Malah MyCC mendapat jaminan REHDA bahawa mereka tidak terlibat dalam apa-apa kartel dan akan sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan,” katanya di  Dewan Rakyat, Selasa.

Bagaimanapun, Hasan memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian akan diambil tindakan tegas.

“Jika MyCC dapat mengesan sebarang amalan pakatan sulit di antara pemaju-pemaju perumahan dalam menaikkan harga rumah, tindakan undang-undang yang tegas di bawah Akta Persaingan 2010 akan diambil segera kerana ia melibatkan kepentingan rakyat,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai langkah yang diambil bagi membendung tindakan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang ekoran penyelarasan harga subsidi minyak serta kenyataan pemaju perumahan yang berhasrat menaikkan harga erumah sehingga 10% atas alasan yang sama.

Soal kenaikan harga barang pula, Hasan meminta kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kepada pihak kementerian jika mendapati ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenangnya.

“Saya bersedia untuk turun padang untuk membantu betul atau tidak tuduhan tersebut…aduan seperti inilah yang dapat bantu harga barang tidak naik sewenangnya,” katanya. -22/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 October 2013 7:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: