Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tolonglah, berhentilah raba-raba – Bung

21 NOV: Kerajaan digesa menaik taraf alat pengimbas di lapangan terbang yang mampu mengesan objek tajam tanpa menggunakan kaedah raba-raba bagi tujuan keselamatan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Malaysia perlu belajar sesuatu daripada negara membangun lain.

“Di Kemboja, lapangan terbang kecil sahaja tapi alat pengimbas dia canggih sebab mesin pengimbas berbunyi bila mengesan benda tajam,” katanya ketika membahaskan Bajet 2018 bagi kementerian Pengangkutan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, Selasa.

Bung bagaimanapun berkata sistem di Malaysia masih menggunakan secara manual untuk tujuan tertentu.

“Kerajaan tolonglah minta berhentilah raba-raba, cari mesin imbas betul-betul, semua polis bantuan raba sahaja.

“Pada saya, kita sekarang menuju negara membangun, oleh itu kita perlu lihat keperluan, bukannya perkhidmatan kelas pertama tapi mentaliti masih kelas ketiga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata kerajaan juga perlu mengkaji lokasi perangkap had laju yang kebanyakannya diletak pada kawasan  tidak bersesuaian.

“Ia sepatutnya perlu diletakkan di kawasan yang berisiko untuk kemalangan seperti kawasan double line dan atas bukit,” katanya.

Idris turut menjelaskan bahawa beliau bersetuju dengan sistem Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) namun beberapa penambahbaikan perlu dibuat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2017 3:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: