Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM: 2,700 petugas kekang ancaman sempena WUF

2 FEB: Seramai 2,700 anggota keselamatan negara ditugaskan sempena penganjuran World Urban Forum (WUF) Kesembilan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 7 hingga 13 Februari depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dikerah untuk menangani sebarang ancaman keganasan.

Katanya, seramai 25,000 delegasi yang terbabit dalam forum selama tujuh hari itu dan memerlukan kawalan maksimum.

“Lebih 50 peratus atau kira-kira 12,500 adalah delegasi luar negara dari 194 negara.

“Jadi, kita memandang serius soal keselamatan sepanjang forum berlangsung,” katanya selepas meninjau kesiapsiagaan Latihan Amal Anti Keganasan sempena penganjuran World Urban Forum (WUF) Ke-9 di perkarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Selangor,Tan Sri Noh Omar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Jelas Zahid, beliau yakin sepanjang forum berlangsung, kadar sifar kejadian ancaman keselamatan dapat dicapai.

“Kawalan kita ini merangkumi semua, bermula dari kawasan ketibaan lapangan terbang), lokasi forum hinggalah kawalan di kawasan penginapan mereka,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 February 2018 1:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: