Kategori Berita Utama

TPM akui kasihani Anwar namun bukan alasan tipu rakyat

19 MAC:Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengakui simpati dengan nasib yang dialami Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun, ia bukanlan satu alasan yang boleh digunakan oleh Ketua Pembangkang itu untuk  menipu rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sistem perundangan telah memutuskan Ketua Umum PKR itu bersalah dalam kes liwat dan BN tidak ada kena mengena dengannya.

“Saya simpati dengan Anwar tapi, ini sistem kehakiman yang telah diputuskan dan jangan dipersoalkan lagi.

tpmkjg“Ini mereka (pembangkang) kata ini kezaliman Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), ini kezaliman saya..ini adalah fitnah kerana mereka tidak ada cara lain,” katanya ketika berucap merasmikan Aktiviti Zumba bersama ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO di Prima Saujana di sini, pada Rabu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri seterusnya menasihati Anwar supaya mempertahankan diri di mahkamah bukan hanya pandai berkokok di luar.

“Buatlah rayuan..mungkin kali ini dia dibebaskan atau tetap didapati bersalah..kenapa tuduh kita,” ujarnya.

Beliau menasihati Anwar yang juga sahabat lamanya ketika dalam UMNO supaya jangan mengheret rakyat membela kes peribadinya.

Mengenai   PRK Kajang, Muhyiddin mendapati sokongan kepada BN semakin meningkat secara luar biasa dan mahu momentum itu dikekalkan sehingga Datin Paduka Chew Mei Fun berjaya merampas DUN berkenaan.

cmfkempen “Saya tanya Mei Fun, saya tanya Noh (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar) sokongan rakyat Kajang terhadap BN agak luar biasa.

“Respon rakyat semakin hari semakin baik tetapi yang penting kita (BN) capai kemenangan,” jelasnya.

Beliau seterusnya mahu ahli Puteri UMNO menggalas tanggungjawab membantu kemenangan Mei Fun sepanjang kempen kerana beliau sendiri akan turun padang walaupun terpaksa membahagikan masa berkempen di DUN Balingan, Sarawak.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2014 11:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: