Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM: ASEAN digesa tingkat kerjasama keselamatan

15 APRIL: Negara serantau digesa membentuk jaringan koordinasi lebih baik membabitkan agensi pertahanan masing-masing.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia sentiasa meletakkan kepentingan supaya negara anggota ASEAN membentuk kerjasama bagi menjamin keselamatan di rantau ini.

“Dalam persekitaran hari ini, penting bagi tentera dan pasukan keselamatan awam bekerjasama antara bagi membolehkan tindakan memerangi ancaman luaran berkesan,” katanya.

Tambah Zahid, dunia perlu bersedia menghadapi cabaran keselamatan terutama gerakan kumpulan militin Daesh dan Al-Qaeda yang menggunakan ekstremisme untuk menyebarkan pengaruh mereka.

Beliau berucap melancarkan persidangan dan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 dan pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di ibu negara, Ahad.

Turut hadir adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sementara itu, menerusi persidangan DSA yang berlangsung selama empat hari, Zahid berharap Malaysia mampu memiliki firma keselamatan yang tersohor di peringkat global.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 11:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: