Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM bakal pengerusikan mesyuarat selaras NGO

18 DIS: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam tempoh  masa terdekat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri,  fokus utama mesyuarat itu adalah bagi menyelaraskan kesemua NGO yang berdaftar dengan kerajaan.

“Terdapat tiga kategori NGO yang berdaftar di negara ini, iaitu kategori pertama berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), persatuan sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan syarikat yang mendaftar sebagai NGO.

“Oleh itu usaha penyelarasan perlu dilaksanakan kerana terdapat beberapa NGO kononnya mempejuangkan suatu isu tetapi sebenarnya menjadi kumpulan pendesak di luar akta pertubuhan masing-masing,” katanya hari ini.

Zahid  berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Khairul Azwan Harun mengenai usaha kerajaan dalam menyelaraskan pendaftaran NGO di negara ini, di Dewan Negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 12:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: