Kategori Berita Antarabangsa

TPM Britain nafi miliki bahan lucah

6 NOV: Timbalan Perdana Menteri Britain, Damian Green menolak dakwaan bahan lucah ditemui dalam komputernya pada 2008.

Memetik laporan CNN, Damin yang juga memegang jawatan Setiausaha Pertama Negara menuduh artikel disiarkan The Sunday Times sebagai tidak boleh dipercayai.

Sebelum ini, bekas Pembantu Ketua Polis Metropolitan, Bob Quick memberitahu akhbar itu bahawa bahan itu ditemui dalam komputer parlimen Green ketika polis membuat inkuiri mengenai maklumat bocor kerajaan pada tahun berkenaan.

“Dakwaan terhadap bahan dan komputer, yang kini berumur sembilan tahun adalah salah dan merupakan serangan politik tidak bermaruah dari bekas pegawai polis yang melanggar undang-undang,” tulis Green di Twitter.

Sebaliknya Green mendakwa Quick cuba untuk membunuh kariernya.

Dakwaan ke atas ahli politik konservatif itu timbul selepas wartawan, Jane Merrick mendedahkan bekas Setiausaha Pertahanan, Michael Fallon pernah cuba mencabulnya pada 2003.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 November 2017 8:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: