Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zahid: Jangan pertikai siapa calon Cameron Highlands

25 OKT: Parti komponen dalam BN diingatkan supaya tidak mempertikaikan keputusan pimpinan tertinggi yang akan menentukan calon parti untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum ke-14

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga bakal menguriskan hati pihak tertentu yang mungkin tidak berpuas hati.

“Saya dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang meneliti setiap calon yang dikemukakan parti komponen termasuk MyPPP.

“Jadi kena hormat keputusan institusi kepimpinan,” katanya di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya har ini.

Sebelum ini, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kerusi Cameron Highlands kekal menjadi milik partinya.

Semalam Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas dilaporkan berkata beliau akan berjumpa dengan Dr Subramaniam bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, BN menawan kerusi Cameron Highlands menerusi bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel yang kemudiannya digugurkan keahlian parti secara automatik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 October 2017 2:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: