Kategori Berita Utama

TPM: Jelajah Pendidikan Bumiputera bukan agenda PRU

30 APRIL: Program Jelajah Pendidikan Bumiputera yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memberi peluang kepada pelajar kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di peringkat pendidikan tinggi bukan agenda pilihanraya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pelajar yang menerima tawaran dalam program jelajah berkenaan membuktikan kecemerlangan dalam akademik.

“Kejayaan siri jelajah tersebut juga diharap akan menjadi pemangkin kepada perencanaan program Transformasi Nasional (TN50) yang menyasarkan sekurang-kurangya 50 peratus daripada rakyat memiliki diploma dan ijazah.

“Pada masa yang sama, saya ingatkan kita bukan kelawar. Musim buah, ada buah, tiada buah, kita tetap datang turun memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, Perak, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Induk program berkenaan, Prof Emeritus Tan Sri  Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Program jelajah tersebut yang berlangsung sejak 11 Mac lalu di 44 lokasi terpilih seluruh negara.

Sehingga kini sebanyak 60,000 surat tawaran pengajian sudah dikeluarkan kepada pelajar mengikut kelayakan ditetapkan.

Sementara itu Zahid juga berkesempatan melawat tapak cadangan bagi pembinaan Kem Tentera Hutan Melintang serta mendengar taklimat ringkas oleh pihak yang berkaitan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 3:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: