Kategori Berita Utama

TPM: Jemputan solidariti pertahan Baitulmaqdis dibuat secara terbuka

20 DIS: Kerajaan tidak mengutuskan jemputan khusus kepada pemimpin atau individu tertentu, sebaliknya ia dihebahkan secara terbuka kepada umum.

Bagaimanapun undangan untuk menghadiri solidariti mempertahankan Baitulmaqdis kepada parti politik seperti PAS, PAN dan PKR sudah dihantar secara rasmi bagi mengalakkan penyertaan wakil mereka, namun belum menerima sebarang maklum balas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi selepas menghadiri mesyuarat Penyelarasan Himpunan Solidariti Perdana : Intifada Selamatkan Baitulmuqadis di Putrajaya

Mengulas perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekaligus menjawab persoalan sama ada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menerima jemputan rasmi untuk turut berhimpun.

“Tiada sebarang surat rasmi diberikan kepada Tun Mahathir, Cuma kita buat jemputan secara terbuka,” katanya ringkas pada sidang media di Putrajaya, Rabu.

Pada Jumaat ini, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra bagi menunjukkan semangat solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa sama, Zahid berkata perhimpunan itu bakal melibatkan penyertaan lebih 250 badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.

“Kerajaan menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir dan kita mengalukan kehadiran yang lebih ramai daripada itu terutama pemimpin parti politik bukan Islam.

Bendera Palestin.

“Jadi saya menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia hadir untuk menyatakan sokongan dalam hal ini,” ujarnya lagi.

Berdasarkan tentatif program, ia akan dimulakan dengan forum khas kelolaan Duta Palestin ke Malaysia, disusuli dengan solat hajat khas selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya.

Kemudian, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Timbalan Presiden Ulama Sedunia  akan menyampaikan ucapan sebelum ucaptama daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, penurunan tandatangan di kain rentang juga akan dibuat sebagai tanda bantahan serta pelancaran tabung Palestin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 December 2017 4:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: