Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM kunjungi IPK P.Pinang

7 APRIL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada di Pulau Pinang hari ini bagi melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Zahid diiringi Ketua Polis, Datuk A Thaiveegan tiba pada jam 9.15 pagi tadi yang juga lawatan terakhir ke IPK seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri itu kemudian memeriksa perbarisan kawalan kehormatan sebelum menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota polis.

Seterusnya Zahid dijadual melawat bilik gerakan pilihan raya umum (PRU) kontinjen itu serta menghadiri taklimat PRU yang diadakan secara tertutup.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU14.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2018 10:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: