Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM mahu undang-undang sepenuhnya lindungi pengguna

3 FEB : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memastikan undang-undang dan penguatkuasa dilaksanakan sepenuhnya bagi melindungi kepentingan pengguna.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian berkenaan dan agensi kerajaan perlu lebih proaktif dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada bagi tujuan berkenaan.

Katanya, beliau kurang berpuas hati dengan sikap sebilangan besar peniaga yang masih ingkar arahan dan peraturan supaya melabel dan meletakkan tanda harga barang.

tpmbangi

Muhyiddin bertanya mengenai harga sayuran dalam tinjauannya di Bangi

Tindakan itu tegas beliau membebankan pengguna dalam memilih barang keperluan dengan harga berpatutan.

“Undang-undang sudah diwujudkan tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya. Jadi saya fikir selaras dengan gerakan kita untuk memantau harga dan menentukan pelanggan tidak ditipu oleh penjual, maka undang-undang ini mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.

“Tetapi mungkin nak bagi masa…persatuan dan dewan (perniagaan) menyatakan mereka perlukan masa. Selepas itu undang-undang yang ada akan dikuatkuasakan (sepenuhnya),” katanya.

tpmbangi1

Muhyiddin meninjau harga barang dalam lawatan mengejut di Bandar Baru Bangi

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi di Isnin yang turut dihadiri Menteri KPDNKK Datuk Seri Hasan  Malek..

Muhyiddin juga mencadangkan KPDNKK melancarkan semula kempen pelabelan dan penandaan harga pada barangan, selain memberi tempoh dua bulan kepada para peniaga berbuat demikian.

“Berdasarkan peraturan-peraturan penandaan harga, saya telah cadangkan supaya lancarkan semula program untuk menentukan setiap peniaga menandakan harga barang-barang jualan mereka.

“Dulu mungkin kita ada (ambil) tindakan tetapi tidak begitu menyeluruh, tetapi kali ini selepas kita bagi tempoh mereka tak boleh ‘cari sebab’. Ini saya serahkan kepada kementerian (KPDNKK),” katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh kerajaan dalam menangani kenaikan harga barang dan mengurangkan bebanan rakyat, termasuk penyediaan laporan terperinci berhubung kos sara hidup oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

“Laporan ini akan dibentangkan pada mesyuarat 5 Feb ini. Ada beberapa bidang yang diberi perhatian, termasuk tenaga; bahan api dan elektrik; bahan-bahan makanan dan perkhidmatan; pengangkutan dan tol.

“Kita akan melihat semua ini secara holistik. Bukan tumpuan hanya pada bahan-bahan makanan, minuman dan perkhidmatan sahaja. Saya berpendapat memang ada beberapa perkara yang boleh diberi perhatian oleh jawatankuasa ini bila kita bermesyuarat nanti,” kata Muhyiddin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 February 2014 4:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: