Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM pengerusi mesyuarat MB & KM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-119 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Selasa.

Mesyuarat yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet itu bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

muhyiddinyassin Ini merupakan mesyuarat kali ketiga diadakan tahun ini, kali pertama dan kedua masing-masing pada Februari dan Jun lalu, yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Selepas mesyuarat itu, Muhyiddin turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Bersama Negeri Sembilan dan Pahang serta Memorandum Persefahaman (MoU) dan Term of Reference (ToR) (perjanjian rangka kerja) Negeri Sembilan-Melaka di bangunan yang sama.

Melaka diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Negeri Sembilan diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Pahang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. -29/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2013 3:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: