Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM rasmi perhimpunan perundangan Islam

1 MAC: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkesempatan merasmikan Ijtimak Majlis Perundingan Islam (MPI) Kebangsaan 2018 di Cyberjaya hari ini.

Ketika perhimpunan itu, sebuah portal berita melaporkan bahawa sebanyak tujuh resolusi dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi ketika menghadiri Ijtimak Majlis Perundingan Islam di AlHijrah Big Studio (ABS) TV Alhijrah, Cyberjaya, Selangor.

Kesemua resolusi itu yang  membabitkan ekonomi, sosial, pendidikan, politik, perundangan, pemikiran Islam dan dakwah akan dibentangkan peringkat Kabinet bagi tujuan kelulusan.

MPI dahulunya dikenali Badan Perundingan Islam (BPI), ditubuhkan pada 13 Mac 2009.

Majlis ini merupakan sebuah jawatankuasa pemikir yang dibenarkan memberi nasihat kepada kerajaan berkaitan keagamaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 March 2018 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: