Kategori Berita Utama

TPM sahkan pemimpin PH hadir solidariti di Masjid Putra esok

21 DIS: Ada beberapa wakil Pemimpin PH akan menyertai Solidariti bantah Baitul Maqdis menjadi ibu negara Israel esok di Masjid Putra, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengesahkan perkara itu, beliau berkata meskipun ada rakan parti dalam komponen PH bertegas tidak akan menyertai perhimpunan tersebut, namun pihaknya sudah mempunyai senarai nama yang akan menghadiri solidariti itu.

“Ada yang mewakili PAN ada mewakili PKR hadir esok,” kata Zahid ketika sidang media selepas merasmikan serta lawatan ke kilang Datasonik Group Berhad yang membekalkan pasport, Khamis.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas merasmikan Kilang Datasonic Group Berhad di Petaling Jaya. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali

Perhimpunan itu akan menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepentas selepas himpunan solidariti untuk Rohingya.

Zahid berkata demikian sebagai respon yang PAN menegaskan tidak menyertai perhimpunan mempertahankan Baitulmaqdis di Masjid Putra.

Kata Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini, tunjuk perasaan itu tidak ada bezanya dengan tunjuk perasaan yang PH sudah lakukan beberapa kali sebelum ini.

“Tidak ada bezanya kalau kita buat, dia (kerajaan Persekutuan) buat lagi bagus tetapi bagi kita, kita tidak akan bersama sebab kita sudah buat 2 kali dan akan buat pada kali ke-3, dan 4,” katanya sewaktu bersiaran langsung di Facebook dalam program anjuran Invoke Malaysia.

Mengulas mengenai penolakan sebagai ahli panelis Mujahid, Zahid berkata pihaknya sudah menerima wakil baru daripada PAN yang akan mengantikannya.

“Kita dah ada ganti dia (Mujahid) daripada parti dia yang sama.

“Biar (mereka) gaduh sama sendiri,” katanya Zahid merujuk kepada perbezaan pandangan pemimpin PH berhubung perhimpunan tersebut.

Dalam perkembangan sama Zahid turut menyindir PH berhubung status kelulusan gabungan pembangkang itu susulan perbezaan pandangan pembangkang berhubung kehadiran himpunan esok.

“Pakatan harapan itu siapa, siapa ahli-ahlinya, Pakatan Harapan itu dah daftar ke belum,” katanya,

Sebelum ini, Zahid mempelawa rakyat berbilang kaum, NGO serta pemimpin parti pembangkang menyertai tunjuk perasaan itu.

Zahdi berkata, perhimpunan itu pentas semua pihak menunjukkan solidariti dalam isu Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2017 6:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: