Kategori Berita Utama

TPM serah bantuan rombongan ahli parlimen ke Cox’s Bazar

22 NOV: Seramai 12 ahli parlimen Barisan Nasional dan pembangkang akan melawat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar Bangladesh, Sabtu.

Rombongan diketuai Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan timbalan delegasi adalah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Ahli Parlimen hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan barang keperluan bersempena NEGARAKU PRIHATIN MISI KEMANUSIAAN ROHINGYA”HALAL MALAYSIA” yang disumbangkan oleh HDC.

Ahli parlimen mewakili Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) adalah Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid (Kota Tinggi), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Raime Unggi (Tenom).

Turut serta Datuk Ago Anak Dagang (Kanowit), Annuar Abd Manap (Sekijang) dan Hasbi Habibollah (Limbang).

Manakala ahli parlimen pembangkang diwakili Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh dan Rantau Panjang iaitu Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ahli Parlimen PKR Tumpat dan Kuantan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fuziah Salleh turut serta.

Turut serta pegawai-pegawai dari pejabat Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan petugas media.

Rombongan berlepas Jumaat dan akan melawat kem tersebut pada Sabtu serta menyampaikan bantuan kepada pelarian Rohingya di kem berkenaan.

Bantuan adalah sumbangan 10 syarikat Halal Industry Development Corporation (HDC) sebanyak 25 tan produk-produk makanan di bawah program inisiatif tanggungjawab sosial.

Bantuan berupa beras, sardin, mi segera, susu ibu dan anak, air minuman dan pelbagai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan bantuan tersebut kepada Ronald dalam satu majlis ringkas di bangunan Parlimen, Rabu.

Turut  serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Maslan Ahmad.

Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Ahli Parlimen hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan barang keperluan bersempena NEGARAKU PRIHATIN MISI KEMANUSIAAN ROHINGYA”HALAL MALAYSIA” yang disumbangkan oleh HDC.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 11:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: