Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM sudah tegur MP tiada waktu pengundian

22 NOV: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan telah diambil terhadap ahli parlimen Barisan Nasional yang tiada ketika pengundian belah bahagian Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

“Saya sudah ambil tindakan. Saya juga sudah tegur mereka yang mereka perlu lebih serius dalam soal menghadiri sidang,” kata Zahid.

Beliau yang juga Ketua Whip BN berkata demikian kepada media selepas menyerahkan bantuan misi kemanusiaan halal Malaysia ke Rohingya, di Parlimen, Rabu.

Isnin lalu, ahli parlimen pembangkang  mengusulkan undi belah bahagi diadakan bagi perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2018 KPDNKK.

Ia diluluskan dengan 52 menyokong, 51 menolak dan dua lagi ahli parlimen PAS pula berkecuali.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 11:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: