Kategori Berita Antarabangsa

TPM Thailand pakai jam tangan, cincin berlian disiasat

8 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) meminta Timbalan Perdana Menteri, Jen Prawit Wongsuwon memberi penjelasan berhubung jam tangan mewah dan cincin berlian yang dipakainya semasa menghadiri satu majlis.

Pengerusi NACC, Watcharapol Prasarnratchakij berkata sepucuk surat akan dihantar kepada Prawit (foto) bagi meminta beliau menjelaskan berkenan dua barangan yang tidak disenaraikan dalam perisytiharan harta sebelum menganggotai kabinet pada 2014.

“Kami hendak tahu bagaimana beliau memperoleh barangan itu dan sama ada terdapat bukti bahawa barangan itu dibeli atau diwarisi,” lapor media atas talian Thailand pada Jumaat.

Prawit, yang juga menteri pertahanan dan seorang anggota kanan kerajaan yang diterajui tentera, dilihat memakai kedua-dua barangan mewah itu semasa sesi bergambar bersama-sama anggota Kabinet baharu pada Isnin lalu.

Gambar beliau memakai cincin dan jam tangan mewah itu yang dipercayai media berjenama Richard Mille dianggarkan bernilai antara lebih 4 juta Baht (kira-kira RM516,000) hingga 10 juta Baht (about RM1.3 juta), menimbulkan kekecohan di kalangan media selain mengundang kritikan awam.

Bagaimanapun, Prawit dilaporkan berkata berkata beliau akan memberi maklumat kepada NACC seperti yang dikehendaki dan tidak akan melayan soalan daripada wartawan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2017 5:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: