Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM umum dana RM500,000 kepada alumni MBM

22 FEB: Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM500,000 kepada Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membantu ahli yang kurang berkemampuan terutama untuk penjagaan kesihatan.

Peruntukan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika berucap pada Majlis Makan Malam Alumni MBM di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu kota hari ini.

Menurutnya, ia adalah peruntukan awal sementara menunggu yayasan itu mendapat kelulusan penubuhannya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Difahamkan penubuhan yayasan ini belum mendapat kelulusan. Justeru, saya akan minta Datuk Seri Hamzah Zainuddin supaya mempercepatkannya untuk manfaat ahlinya,” katanya.

Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan Presiden Alumni MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Pada majlis itu, Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 16 ahli alumni berjumlah RM500 setiap seorang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2018 11:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: