Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TPM umum nama calon BN 21 Oktober

Siapa calon Barisan Nasional PRK DUN Sungai Limau hanya akan diketetahui apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan nama tersebut 21 Oktober ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, senarai calon itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat ini untuk dipertimbangkan.

prksglimau“Ramai yang berkelayakan. Yang pasti kita akan ambil kira pandangan negeri dan bahagian. Mereka juga ada nama tokoh-tokoh yang sesuai. Ini diambil kira.

“Nama calon akan diumumkan pada 21 Okt. Saya sendiri akan turun untuk buat pengumuman. Harapan saya proses pilihan raya kecil berjalan baik. Diharapkan mereka (pengundi DUN Sungai Limau) beri sokongan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno negeri Kedah serta Bahagian Jerai di pekan Sungai Limau pada Selasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.- 8/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 October 2013 3:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: