Kategori Berita TPPABerita UtamaSemasa/Laporan Sidang Parlimen

TPPA: Kaukus Parlimen jumpa Tok Pa lagi

1 DIS : Selain menunggu pelaksanaan GST yang mula dilaksanakan April 2015, perkara penting lain yang juga penting kepada rakyat Malaysia adalah mengenai Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

Kerajaan setakat ini belum memuktamadkan perbincangan dan masih mendapatkan inmput-imput penting supaya jika TPPA ditandatangani, ianya dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat tanpa sebarang keraguan.

Justeru itu juga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memberi jaminan akan mendapatkan mandat Parlimen sebelum kerajaan menandatangani perjanjian itu.

Sebab itulah Kaukus Parlimen Mengenai TPPA yang disertai 11 ahli Parlimen termasuk lima daripada pembangkang amat penting kerana perbincangan berterusan mereka dengan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) boleh menyalurkan maklumat atau pandangan rakyat kepada kerajaan melalui Kaukus berkenaan.

nurultppa

Komitmen pembangkang dalam Kaukus Parlimen mengenai TPPA membuka politik baru di negara ini

Pertemuan keempat Kaukus Parlimen dengan pihak MITI termasuk Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Isnin amat penting bagi mendapatkan perkembangan terkini selepas perbincangan negara-negara yang terbabit dengan TPPA selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Bali, Indonesia pada Oktober lalu.

Menurut Pengerusi Kaukus, Datuk Ahmad Hamzah, pihaknya ingin mendengar taklimat terkini perunding TPPA yang mewakili negara selepas mesyuarat di Bali dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Katanya, maklumat daripada taklimat itu perlu supaya Kaukus dapat meneruskan peranan sebagai pihak yang mewakili rakyat kerana TPPA akan dibentang di Parlimen sebelum pelaksanaannya.

Dalam masa sama, Kaukus Parlimen Mengenai TPPA ini juga membuka ruang politik baru dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan ahli Parlimen pembangkang duduk semeja dalam mencari kesepakatan supaya TPPA tidak memudaratkan negara dan rakyat kelak.

Mustapa selepas pertemuan ketiga dengan Kaukus Parlimen berkenaan September lalu menegaskan bahawa kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan dan input anggota parlimen, termasuk parti pembangkang, untuk kepentingan negara dan memberi jaminan bahawa rundingan ini tidak akan meragut kedaulatan negara dan mengancam kepentingan rakyat.

Beliau berkata pertemuan ini penting bagi membolehkan Kaukus Parlimen memahami cabaran yang dihadapi dalam rundingan TPPA dan tanggungjawab kerajaan bagi mendapatkan perjanjian terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Input dan informasi yang diberikan tidak banyak berbeza dengan kerajaan terutama dalam hak-hak syarikat milik kerajaan (GLC), industri kecil dan sederhana (IKS), piawaian makanan dan hak perlindungan intelektual, manipulasi mata wang dan kenaikan harga ubat-ubatan,” katanya.

Malah, ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sendiri berpendapat, pertemuan ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memberi pandangan dalam usaha mendapatkan perjanjian dan terma yang terbaik dalam TPPA.

“Kami anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat menyambut baik sebagai pemulaan, kita juga bersetuju penyambungan semula rundingan mengambil kira semua tuntutan sehingga mendapat ratifikasi di Parlimen,” katanya.

Diharap selepas pertemu esok, isu TPPA ini semakin jelas dan kerajaan sudah mendapat gambaran sama ada mahu meneruskannya atau tidak. – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 December 2013 1:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: