Kategori Berita TPPABerita Utama

TPPA: Perlu lebih masa sebelum muktamad

Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dijangka mengambil masa lebih panjang untuk dimuktamadkan memandangkan tempoh hujung tahun itu adalah amat singkat bagi Malaysia membuat keputusan sewajarnya.

najibPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,ketua-ketua negara yang terbabit TPPA akan bertemu pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali minggu depan untuk berbincang tentang tempoh masa itu.

“Namum kami merasakan bahawa TPPA mungkin mengambil masa yang lebih panjang lagi untuk dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Stephen Harper di Putrajaya, pada Ahad

TPPA yang merupakan satu perjanjian dagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh 13 negara termasuk Malaysia itu adalah satu perjanjian bertujuan menangani isu-isu dagangan baharu pada abad ke-21.

Harper tiba di Malaysia pada Jumaat untuk lawatan kerja tiga hari dan akan ke Bali hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak APEC.

Ini adalah lawatan pertamanya ke Malaysia sejak memegang jawatan Perdana Menteri Kanada pada Februari 2006. – 6/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 October 2013 3:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: