Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tragedi malam raya, dua sahabat maut

25 JUN: Dua sahabat maut pada malam menjelang Aidilfitri selepas motosikal yang dinaiki bertembung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan beberapa motosikal lain dalam kejadian di Jalan Bukit Putera-Kampung Telaga Papan, Setiu.

Dalam kejadian jam 11.20 malam semalam, mangsa, Muhammad Zulhelmi Mohmad Zaini,17 dan Mohd Hanafiah Shapi@Shapie, 26 meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Nahas itu juga menyebabkan pemandu kereta, Mohd Suhaimizan Mohamad, 20 cedera parah manakala dua lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan ialah Amir Salleh,17 dan Mohd Amirudin Abd Aziz, 26.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Supt Abd Razak Hasan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dari arah Chalok itu bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

“Pelanggaran menyebabkan kereta itu terpusing ke sebelah kanan dan dirempuh oleh tiga lagi motosikal, menyebabkan kesemua penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan tercampak.

“Kesemua mangsa termasuk yang maut dibawa ke Hospital Setiu,” katanya, Ahad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 June 2017 7:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: