Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tranformasi BN-UMNO untuk kekal relevan, kata Bung Moktar

13 MAC: Tranformasi BN-UMNO bukan sekadar memenangi PRU14, sebaliknya parti itu sentiasa melakukannya supaya terus kekal relevan sehingga lebih 1,000 tahun lagi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin (foto) berkata pemimpin sentiasa datang dan pergi, namun pimpinan parti sentiasa fokus dalam membentuk Malaysia yang lebih maju.

“Walaupun UMNO adalah parti lama tapi kita boleh bertahan sebab sentiasa meremajakan perjuangan kita selama ini untuk generasi akan datang..

“Apa yang kita laksanakan bukan sahaja untuk PRU semata-mata, tetapi kita sudah ada perancangan untuk 20, 30 dan 50 tahun akan datang,” katanya hari ini di Kuala Nerus.

Beliau yang juga Pengerusi FELCRA berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang FELCRA Berhad bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sementara itu, Razif dalam ucapannya berkata FELCRA berjaya memajukan 19 kawasan di Terengganu yang membabitkan 178 projek dengan keluasan keseluruhan sebanyak 23,474 hektar yang membabitkan 5,918 orang peserta.

“Saya cukup yakin dan percaya, lebih banyak kemajuan akan dilakukan agensi itu pada masa akan datang, kerana ketika ini pelbagai program pembangunan penyelidikan dilakukan FELCRA sangat jauh ke hadapan dalam bidang pertanian,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 9:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: