Kategori Berita Utama

Tranformasi Najib jadikan UMNO dekat di hati rakyat- Salleh

14 FEB: Penjenamaan semula UMNO berjaya mengubah parti itu dan kerajaan menjadi disukai ramai kerana bersedia mendengar suara nurani rakyat negara ini.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti turut memperkasakan parti berusia 71 tahun itu dengan menyingkir sifat ultra-nasionalis dan komunalis.

Mengulas perkara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sebelum ini ramai penganalisis politik meramalkan UMNO dan BN bakal kehilangan kuasa sepertimana parti LDP di Jepun, Kuomintang (Taiwan), Golkar (Indonesia) dan Kongres di India.

“Tetapi itu UMNO ciptaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengikut pemikiran dan gaya kepimpinannya sehingga wujud istilah Mahathirisme yang cukup diingati ramai.

“Sebaliknya UMNO di bawah pimpinan Najib memperkenalkan transformasi politik dengan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda akta-akta yang menyekat hak-hak politik rakyat,” katanya dalam blognya, Selasa.

Bendahari parti keramat itu turut menambah pimpinan Najib turut mendukung prinsip era kerajaan mengetahui semua perkara sudah berakhir, sebaliknya mengutamakan pandangan semua pihak.

“Dengan transformasi ini, tidak syak lagi, UMNO sekarang adalah sebuah parti yang mendukung kedaulatan rakyat,” kata Salleh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 February 2018 11:18 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: