Kategori Berita Utama

Transformasi ke era digital dalam bidang penyiaran negara

6 JUN: Pelancaran projek Pendigitalan Penyiaran nasional akan menyaksikan Malaysia melangkah ke era digital sepenuhnya menjelang 2020 dalam bidang penyiaran dan tidak lagi bergantung pada sistem analog yang digunakan 39 tahun lamanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek pendigitalan nasional tersebut telah diberi tanggungjawab kepada MyTv untuk membangunkan infrastruktur bagi membolehkan MyyFreeview boleh diaksess ke seluruh negara.

Kata Perdana Menteri, langkah ini adalah sebahagian agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran melalui pendigitalan dengan tujuan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menurutnya lagi, sebanyak 24 stesen pemancar akan dipasang di 87 kawasan seluruh negara di bawah pelaksanaan fasa satu dan dua.

Menurut Najib, jangkaan 98 peratus kawasan penduduk seluruh negara untuk memperoleh liputan penuh itu dijangka dapat dilaksana pada suku ke empat tahun ini.

“Perkhidmatan penyiaran myFreeview disediakan kepada rakyat secara percuma tanpa kos langganan bulanan dan ia dapat merapatkan jurang digital di kawasan terpencil.

“Penyiaran myFreeview untuk menyalurkan lebih banyak kandungan dan aplikasi termasuk penyiaran tempatan untuk meraih manfaat untuk memperluaskan jangkauan penonton,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Pelancaran Projek Pendigitalan Nasional, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Selasa.

Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital menyaksikan Malaysia sedia melangkah ke era digital sepenuhnya perkembangannya tersendiri kepada sejarah penyiaran sejak TV berwarna diperkenalkan 39 tahun lalu dan ia selari perkembangan global untuk beralih daripada sistem analog kepada era digital.

Turut hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie serta pengurusan kanan media tempatan.

Dengan peralihan kepada myFreeview ini, penonton akan berpeluang menikmati resolusi gambar lebih baik dan jelas, kualiti bunyi terhebat dan lebih banyak saluran percuma.

Selain itu, penonton juga akan disajikan dengan pengisian program lebih berkualiti, capaian ke Panduan Program Elektronik (EPG) serta pelbagai pilihan untuk alih bahasa.

Menerusi myFreeview juga, penonton akan mendapat akses ke sembilan stesen TV terestrial percuma seperti TV1, TV2, TVi, TV Al-Hijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan saluran Berita BERNAMA serta empat stesen radio RTM.

Rakyat Malaysia juga akan mendapat akses ke TV digital menerusi dekoder istimewa yang dikenali sebagai MYTV.

Mereka boleh menyambungkan televisyen dan frekuensi ultra tinggi (UHF) kepada dekoder terbabit.

Peralihan ini juga akan menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang digital di antara komuniti pedalaman dan bandar di mana ia akan mencipta masyarakat berilmu dan mewujudkan pelbagai peluang.

Seiring pelancaran ini juga, seramai 2.2 juta isi rumah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara akan mendapat dekoder MYTV secara berperingkat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 9:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: