Kategori Berita Antarabangsa

Trump beri amaran serang Syria

15 APRIL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad bahawa negaranya bersedia untuk menyerang sekali lagi sekiranya Damsyik melancarkan serangan senjata kimia baharu.

Amaran itu dikeluarkan selepas operasi ketenteraan membabitkan AS, Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu yang mendakwa berjaya mengenai tiga sasaran iaitu pusat penyelidikan saintifik serta pusat pemerintahan tentera Syria dan simpanan senjata kimiaa di Homs.

Bedilan terbabit dilancarkan dengan alasan membalas serangan menggunakan gas klorin di bandar Douma yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu.

Rejim Assad bagaimanapun menafikan pembabitan sambil mendakwa ia direka oleh puak pemberontak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 12:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: