Kategori Berita Antarabangsa

Trump lancar perang dingin ke atas wartawan

30 APRIL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan serangan berterusan kepada pengamal media.

Memetik laporan BBC,  Trump memberitahu penyokongnya semasa ‘perhimpunan 100 hari’ sebagai presiden di Pennsylvania bahawa beliau sudah mengotakan janjinya kepada rakyat dan berterusan mengkritik laporan berita palsu oleh wartawan.

Sebelum itu Trump memilih untuk tidak hadir majlis makan malam Koresponden media di Rumah Putih serta menjadikan beliau sebagai pemimpin AS pertama terlepas acara tahunan itu sejak Ronald Reagan pada tahun 1981.

Terdahulu, satu perhimpunan besar dianjurkan susulan iklim perubahan dasar yang dilakukan Trump.

Beralih kepada janji pilihan raya, Trump menyifatkan 100 hari pemerintahannya yang pertama itu sangat menarik dan sangat produktif.

Menurut Trump, beliau sudah berusaha setiap hari membawa peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian kembali ke negara itu.

Selain itu beliau juga menegaskan bahawa beliau bersedia untuk ‘pertempuran besar’ pada masa akan datang.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 7:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: