Kategori Berita Antarabangsa

Trump pecat Pengarah FBI

10 MEI: Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) James Comey dipecat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bermula semalam.

Lapor Agensi, Trump mengambil keputusan drastik itu selepas mempertimbangkan cadangan daripada Peguam Negara Jeff Sessions.

“Adalah penting untuk mencari kepimpinan baharu buat FBI yang dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan awam dalam misinya menguatkuasakan undang-undang,” kata Trump kepada Comey melalui surat yang dikeluarkan oleh White House.

Dalam surat sama, Trump turut menyebut Comey tidak mampu memimpin FBI secara berkesan.

Jurucakap White House, Sean Spicer berkata pemilihan pengarah baharu FBI akan dilakukan dengan segera.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 11:56 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: