Kategori Berita Antarabangsa

Trump-Putin jumpa di Vietnam

9 NOV: Vladimir Putin dan Donald Trump berpeluang membincangkan situasi di Syria dan Semenanjung Korea serta hubungan dua hala Russia-Amerika Syarikat dalam satu pertemuan di luar sidang kemuncak APEC di Vietnam.

Pembantu Presiden Rusia, Yuri Ushakov berkata kedua-dua pemimpin mempunyai banyak ruang untuk berkongsi pandangan.

“Banyak perkara boleh dibincangkan dalam pertemuan ini, termasuk isu utama antarabangsa daripada isu Syria sehinggalah Korea Utara dan sebagainya.

“Selain itu, terdapat banyak masalah dalam hubungan dua hala yang mencecah tahap yang rendah,” lapor agensi berita TASS.

Bagaimanapun Moscow dan Washington belum lagi mencapai kata sepakat berhubung waktu untuk pertemuan kedua-dua presiden.

Kedua-dua pemimpin akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak APEC yang bermula hari ini hingga Sabtu dan adalah munasabah pertemuan itu akan berlangsung.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2017 8:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: