Kategori Berita Utama

Kaji Suruhanjaya khas alternatif kepada SPRM

2 DIS : Kerajaan dilihat bertindak secara efektif dengan mengambil langkah untuk menubuhkan satu suruhanjaya khas berhubung pencegahan rasuah sebagai satu alternatif kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim pendekatan itu diambil ekoran keraguan ramai pihak dengan badan sedia ada yang bertujuan membanteras rasuah di dalam negara.

“Mengenai SPRM, sebenarnya kerajaan sudah membawa perkara ini dalam kajian. Kita mengharapkan semua untuk memberikan sokongan dua pertiga sebelum dapat menubuhkan sebuah suruhanjaya yang akan kelihatan lebih telus,” katanya di Dewan Rakyat, pagi Isnin.

Razali menjelaskan, badan sedia sudah mampu untuk menjayakannya, tetapi disebabkan ada keraguan seolah-olah ada campur tangan kerajaan dalam pelantikan tersebut, pindaan seksyen berkaitan SPRM akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memberi keyakinan kerajaan serius dalam membanteras rasuah ini.

“Saya percaya promosi untuk membanteras rasuah ini berada pada skala yang sangat tinggi malah kita turun sendiri ke bawah memberikan pendidikan dan dijadikan juga salah satu silibus di sekolah untuk mengajak generasi kita benci kepada pelakuan rasuah ini,” katanya.

sprmgariMenurut beliau, secara tidak langsung ianya merupakan respon kepada desakan pembangkang yang kerap mempertikai ketelusan SPRM dalam menjalankan tugas pembanterasan rasuah di negara ini.

Sebelum ini, pembangkang kerap mempersoalkan integriti pegawai SPRM sehingga berjaya menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa badan ini tidak berfungsi dengan sepatutnya.

Razali yang menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkenaan kedudukan Malaysia megikut Indeks Persepsi Rasuah kemudiannya menjelaskan bahawa ranking negara adalah berdasarkan persepsi yang dikeluarkan oleh Transperancy International (TI).

“Indeks ini merujuk kepada persepsi tahap rasuah di mana kedudukan  sesebuah negara akan disenaraikan mengikut skor yang diperoleh dan bukan mengenai realiti rasuah di sesebuah negara.

“Kerajaan sentiasa cuba untuk memperbaiki perkara ini dan kita mengharapkan maklum balas lebih banyak bagaimana perkara ini dapat kita laksanakan.

Ahli Parlimen Muar itu turut menambah, SPRM dilihat sangat efisien dalam menjalankan tugas pembanterasan rasuah berbanding negara lain dengan memanfaatkan undang-undang sedia ada.

Mengenai Seksyen 36 (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dari segi mengumpul kekayaan luar biasa, katanya Malaysia lebih banyak menggunakan seksyen ini berbanding Hong Kong yang mempunyai satu akta yang lebih baik. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2013 6:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: