Kategori Berita Utama

Tuduhan melulu Mahathir bersifat jahat, kata pembantu PM

14 FEB: Pegawai khas perdana menteri hari ini memberi amaran kepada kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya  memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu kepada kerajaan dan Isteri perdana menteri.

“Bagaimana seorang negarawan boleh mendengar dan percaya kepada khabar angin sebegini?” soal Datuk Rizal Mansor.

Tambah beliau, tuduhan ini bersifat jahat kerana Dr Mahathir cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Datin Seri Rosmah Mansor sedang melakukan pembaziran kerana menaiki pesawat peribadi yang disewa oleh kerajaan.

“Sebenarnya kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Rosmah

“Pesawat udara ACJ319 dengan nombor pendaftaran A6-CJE itu ialah pesawat gantian yang disewa kerajaan Malaysia bagi kegunaan orang kenamaan negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan kenamaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Rizal mengulas kecaman Pengerusi Pakatan Harapan itu terhadap isu pemergian Rosmah ke luar negara menggunakan pesawat  yang didakwa menyebabkan kerajaan membelanjakan wang sebanyak RM86 juta.

Dalam kenyataan itu Rizal turut menjelaskan bahawa kiraan kos sewaan sebanyak itu untuk pesawat yang disewa pada 2016 tidak benar sebaliknya sekadar anggaran dibuat Rafizi Ramli

“Kiraan berkenaan tidak masuk akal kerana Naib Presiden PKR itu mengambil kiraan kos penerbangan sebanyak RM60,000 sejam yang didarabkan sebanyal 24 jam untuk tempoh 60 hari.

“Sudah tentu pesawat tersebut tidak terbang 24 jam setiap hari selama dua bulan,” katanya.

Tambah Rizal, isteri perdana menteri menaiki pesawat udara terbabit ke Istanbul, Turki untuk menerima penghargaan 3G Children Welfare Award bagi pihak PERMATA Negara.

“Rosmah bertolak ke Istanbul pada jam 12 tengahari pada 25 Mei 2016 dan tiba di Istanbul pada jam 8 malam (waktu tempatan) hari yang sama.

“Keesokan harinya, Rosmah menghadiri majlis penyampaian anugerah dan terus bertolak balik pada jam 11 malam untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan Raja Permaisuri Agong di Langkawi.

“Disebabkan jadual yang padat itu, tidak mungkin untuk isteri Najib itu menggunakan pesawat komersial dalam perjalanan berkenaan,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 February 2018 2:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: