Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tudung edisi khas PRU14

16 APRIL: Deman pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semakin hangat apabila seorang pengusaha tudung di Johor mengeluarkan reka bentuk tudung yang memaparkan lapan warna berserta lambang parti politik yang dominin di negara ini.

Antara yang disediakan termasuklah BN, UMNO, PKR, PAS dan PAN.

Pengarah tudung Chenta Watie Scarf, Irdawati Samsudin, 38, berkata jualan tudung edisi khas dilancarkan menerusi laman Instagramnya sejak Mac lalu dan dijual antara RM25 hingga RM59 sehelai untuk jenis satin dan crepe.

“Pada awalnya, saya hanya menyasarkan jualan tudung PRU ini antara 2,000 hingga 3,000 sahaja, namun tidak sangka sudah terjual hampir 7,000 helai,” lapor Bernama.

Irdawati  yang mengusahakan perniagaan bersama suami di Simpang Renggam sejak 2013 pada mulanya menjual pelbagai jenis tudung, namun pasangan ini mengambil langkah berbeza dengan mengeluarkan tudung edisi khas Hari Kebangsaan 2017.

“Selepas tudung itu mendapat sambutan begitu menggalakkan, kami terfikir untuk mengeluarkan tudung edisi khas bersempena hari-hari tertentu.

“Memandangkan kami sudah ada mesin cetak khas untuk tudung sendiri dan PRU14 juga makin hampir, jadi kenapa tidak kami ambil peluang ini untuk cuba sesuatu baharu,” katanya.

Bagaimanapun, Irdawati tidak mengulas sama ada beliau memohon keizinan dengan parti politik terbabit untuk menggunakan logo dan warna bagi perniagaan tudungnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 6:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: